Berita disediakan oleh : Puan Rosiha Abdul Razak
Serdang 1 Ogos 2022 – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah menerima kehadiran pemeriksa untuk pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diketuai oleh Puan Siti Hafizah Ibrahim daripada Pejabat Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. Seramai tiga (3) orang anggota daripada Unit Bantu Mula, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP), UPM telah turut sama semasa pemeriksaan tersebut dijalankan.
PPDN telah berjaya memperoleh status CEMERLANG dengan nilai pencapaian sebanyak 94.81% (5*). Pemeriksaan telah meliputi tiga (3) skop iaitu :
Hasil penemuaan pemeriksaan tersebut diharap dapat membantu PPDN mewujudkan budaya kerja selamat dan sihat di samping memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja serta persekitaran tempat kerja adalah terkawal. Pihak PPDN turut berterima kasih di atas segala pandangan serta cadangan penambahbaikan yang telah diberikan sepanjang pemeriksaan ini.
Tarikh Input: 18/08/2022 | Kemaskini: 18/08/2022 | faidhi
Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor