BENGKEL PEMANTAPAN PERKHIDMATAN DAN PENGEMBANGAN PENDANAAN | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » BENGKEL PEMANTAPAN PERKHIDMATAN DAN PENGEMBANGAN PENDANAAN

BENGKEL PEMANTAPAN PERKHIDMATAN DAN PENGEMBANGAN PENDANAAN

2 Februari 2024, D’ Wharf Hotel Port Dickson – Pengarah Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah merasmikan Bengkel Pemantapan Perkhidmatan dan Pengembangan Pendanaan (Thriving the Industry @PPDN 2024).

Program ini mengumpulkan semua pegawai dan staf PPDN yang bertanggungjawab dalam setiap aspek pengurusan, perkhidmatan serta jaringan dengan membawa matlamat serta agenda perubahan tadbir urus PPDN berlandaskan situasi dan cabaran semasa industri.

Usai majlis perasmian YBhg Pengarah sekaligus telah menyampaikan perkongsian pada Slot Pertama program yang bertajuk Potensi PPDN bergelar HICOE Perkhidmatan KPT. Kajian secara langsung tahap perkhidmatan PPDN juga telah diadakan bagi melihat tahap semasa prestasi terkini pusat.

Bengkel ini berlangsung selama tiga hari dengan membawa tujuan untuk memantapkan pengurusan dan perkhidmatan PPDN sekaligus menrancang aktiviti untuk memacu PPDN ke hadapan.

 

 

Tarikh Input: 14/02/2024 | Kemaskini: 14/02/2024 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEcVAT~