Program Pameran Jom Masuk U&Pameran Kerjaya PPDN Sambutan 100 Tahun Maktab | CENTRE FOR DIAGNOSTIC NUCLEAR IMAGING
» NEWS » Program Pameran Jom Masuk U&Pameran Kerjaya PPDN Sambutan 100 Tahun Maktab

Program Pameran Jom Masuk U&Pameran Kerjaya PPDN Sambutan 100 Tahun Maktab


Johor Bahru– Pada 17-21 Mac 2014, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) bersama-sama Pejabat Pemasaran & Komunikasi (Marcomm) telah berjaya mengadakan program Pameran Jom Masuk UPM & Pameran Kerjaya PPDN di sambutan EC 100 selama 5 hari di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB), Johor Bahru. Program ini bertujuan memenuhi jemputan daripada Pengetua MSAB yang menjemput pihak PPDN untuk mempamerkan kerjaya staf PPDN di samping mempromosikan Jom Masuk UPM kepada pelajar sekolah dan masyarat setempat. Pihak PPDN telah menjemput pihak Marcomm untuk terlibat sama dalam mempromosikan UPM kepada pihak sekolah melalui ceramah “Jom Masuk UPM” dan Pameran kursus yang ditawarkan di UPM.


Pameran ini telah melibatkan 6 orang staf PPDN, seorang staf Marcomm dan seorang pelajar Sarjana UPM. Pameran yang berlangsung selama 5 hari telah berjaya menarik 244 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah dan para guru. Pada awalnya, PPDN menyasarkan seramai 250 orang untuk hadir pameran ini. Majoriti pengunjung yang hadir di pameran ini tertarik dengan pameran Prototaip model Positron Emission Tomography Computed Tomography (PET-CT) dan bidang kerjaya Perubatan dan Pengimejan Nuklear di PPDN.


Melalui program ini, jalinan kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan MSAB dapat diwujudkan berteraskan pengembangan akademi dan perkhidmatan profesional selain memperkasa dan memantapkan pengurusan pemasaran UPM kepada pihak sekolah, pelajar dan komuniti setempat. Secara keseluruhannya, program sambutan EC100 telah  berjaya mencapai matlamatnya dan sekali gus mewujudkan kerjasama antara PPDN, Marcomm, Siemens dan pihak sekolah MSAB menerusi sumbangan profesional semua pihak.

Date of Input: | Updated: | muhammadhafiz

MEDIA SHARING

CENTRE FOR DIAGNOSTIC NUCLEAR IMAGING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEbIAI~