IMBASAN MRI

 

 

Pengimejan Resonans Magnetik atau Magnetic Resonance Imaging (MRI) merupakan satu kaedah pemeriksaan untuk mengesan dan menentukan jenis penyakit atau abnormaliti dalam tubuh badan manusia. Pemeriksaan MRI adalah berbeza berbanding CT-Scan memandangkan pemeriksaan ini tidak melibatkan penggunaan radiasi mengion. Pemeriksaan ini melibatkan penggunaan gelombang radio dan magnet berkuasa tinggi dalam penghasilan imej organ dalam tubuh badan manusia.

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) UPM mempunyai mesin MRI Prisma 3 Tesla yang merupakan antara kemudahan mesin MRI terkini di Malaysia. Mesin MRI yang dilengkapi dengan 64 saluran maksimum ini membolehkan penghasilan imej yang lebih bermutu dan pelbagai sekaligus membantu pakar perubatan dalam proses mendiagnosis sesuatu penyakit.

 

 

PROSEDUR PEMERIKSAAN MRI