CERAMAH DAN LAWATAN PELAJAR “A-LEVEL GERMAN INTEC” | CENTRE FOR DIAGNOSTIC NUCLEAR IMAGING
» NEWS » CERAMAH DAN LAWATAN PELAJAR “A-LEVEL GERMAN INTEC”

CERAMAH DAN LAWATAN PELAJAR “A-LEVEL GERMAN INTEC”


UPM Serdang – Pada 2 Julai 2014, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah menerima kunjungan seramai 58 pelajar Program A-level German INTEC bersama 2 pensyarah pengiring telah menghadiri sesi ceramah dan lawatan sambil belajar di Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear. Program ini adalah permintaan khas oleh pihak Timbalan Pengarah Pembangunan Pelajar, INTEC Education College, Shah Alam Selangor bagi mendedahkan teknologi alat PET-CT dan prospek kepakaran Pengimejan Molekul kepada para pelajar yang bakal melanjutkan bidang pengajian kejuruteraan menerusi bidang Nuclear Decay & Particle Physic pada Januari 2015.Secara amnya, program ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar menerusi 2 sesi ceramah yang diadakan bertajuk Introduction to PE-CT dan Application of PET-CT technology oleh 2 penceramah Pusat pengimejan Diagnostik Nuklear. Rata-rata peserta program telah memberikan petunjuk kepuasaan yang memuaskan (skala 4-5) untuk sesi ceramah dan skala 5 untuk sesi lawatan di makmal pusat oleh 4 orang fasilitator pusat yang mengambil masa kira-kira 4 jam.

Date of Input: | Updated: | muhammadhafiz

MEDIA SHARING

CENTRE FOR DIAGNOSTIC NUCLEAR IMAGING
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEXPAj~