KURSUS BASIC LIFE SUPPORT DENGAN KERJASAMA DREAGER SDN BHD
Serdang, 24 Jun 2015, Seramai 11 orang peserta telah menyertai Kursus Basic Life Support dengan kerjasama Dreager Sdn Bhd. Kursus ini bertempat di Bilik Seminar Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM.
Kursus selama satu hari ini bertujuan untuk menambah pengetahuan berkenaan teknik pertolongan cemas antara staf di samping untuk meningkatkan tahap keyakinan paramedik dalam mengaplikasi teknik bantuan cemas.