Tahun 2015

LAWATAN DARI PUSAT SUMBER KANSER PAYUDARA & SURVIVOR 2015 (HUSM)

 

Serdang, 10 September 2015, sejumlah 40 orang peserta daripada Survivor Breast Cancer Support Group, HUSM mengadakan lawatan ke Pusat Pengimejan Diagostik Nuklear, UPM.

Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan yang terkini berkaitan rawatan dan protokol untuk kanser payudara.


PERMODALAN NASIONAL BERHAD BREAST CANCER AWARENESS PROGRAM DENGAN KERJASAMA MOBECOMM TECHNOLOGIES SDN BHD

Serdang, 4 September 2015, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM telah menyertai program " Permodalan Nasional Berhad " Breast Cancer Awareness Programme" bersama Mobecomm Technologies Sdn Bhd bertempat di Tingkat 3, Promodalan Nasional Berhad, Bangsar.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pengunjung tentang perkhidmatan yang ditawarkan di PPDN dan sebagai salah satu cara untuk mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan di PPDN.

Para pengujung juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan di PPDN dan seterusnya mereka didedahkan dengan kaedah pengesan kanser menggunakan  mesin-mesin yang terdapat di PPDN. Selain itu, pengujung juga akan ditawarkan dengan promosi harga ultrasound yang diperkenalkan di PPDN


KNOWLEDGE SHARING PROGRAMME IN MEDICAL IMAGING, NUCLEAR IMAGING AND VETERINARY IMAGING




Serdang, 28 Ogos 2015,
Seramai 90 orang peserta yang terdiri dari radiologist, jururawat, doktor perubatan dan pelajar seluruh Malaysia telah menyertai kursus " Knowledge Sharing Programme in Medical Imaging, Nuclear and Veterinary"yang telah dianjurkan oleh Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM. Program ini bertujuan untuk berkongsi idea dan kemahiran dalam pengiemejan radiografi, nuklear dan veterinar.

Para peserta dapat mempelajari dan menambah pengetehuan yang lebih mendalam dalam bidang radiografi dan pengimejan disamping dibawa melawat fasiliti, mesin dan kemudahan yang terdapat di Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, UPM.


PROGRAM PRE-SUMMIT FACULTY EXCELLENT MONTH 2015- RADIOLOGY OPEN DAY


LAWATAN EXPERT MISSION DARI INTERNATIONAL ATOMIC ENERGY AGENCY, VIENNA INTERNATIONAL CENTRE, AUSTRIA

Serdang, 20 Ogos 2015, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM telah menerima kunjungan expert mission dari International Atomic Energy Agency (IAEA) , Vienna Austria. 

Expert mission ini dijemput untuk menjayakan aktiviti pengimejan diagnosis berkaitan CT, PET CT dan SPEC CT peringkat nasional.  Kedua- dua pakar telah mengadakan sesi pembentangan dan perbincangan berkaitan program latihan PET CT yang melibatkan pakar radiologi perubatan nuklear negara masing-masingesi perbincangan dan pertukaran pendapat antara expert mission dan pakar perubatan nuklear UPM. Selain itu, para radiologist dapat menambah pengetahun dalam bidang perubatan nuklear dan seterusnya mereka melawat fasiliti dan mesin-mesin yang terdapat di PPDN.
PAMERAN UCTC SEMPENA HIGHER EDUCATION WEEK MALAYSIA 2015

    

Serdang, 13- 16 Ogos 2015, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM telah dijemput untuk menyertai pameran bersempena dengan Higher Education Week Malaysia 2015.

Tujuan pameran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pengunjung tentang perkhidmatan yang ditawarkan di PPDN selain sebagai salah satu cara untuk mempromosikan perkhidmtan yang ditawarkan di PPDN.

Para pengujung juga dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan maklumat berkaitan  CT, PET CT, Ultrasound dan MRI yang terdapat di PPDN.


LAWATAN & MOU ANTARA UPM, NM13 SDN BHD DAN SOUTHERN TOHOKU RESEARCH INSTITUTE FOR NEUROSCIENCE, JEPUN


LAWATAN DARI OSPEDALE NIGUARDA MILAN, ITALY






KURSUS BASIC LIFE SUPPORT DENGAN KERJASAMA DREAGER SDN BHD

 

Serdang, 24 Jun 2015, Seramai 11 orang peserta telah menyertai Kursus Basic Life Support dengan kerjasama Dreager Sdn Bhd. Kursus ini bertempat di Bilik Seminar Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM.

Kursus selama satu hari ini bertujuan untuk menambah pengetahuan berkenaan teknik pertolongan cemas  antara staf di samping untuk meningkatkan tahap keyakinan paramedik dalam mengaplikasi teknik bantuan cemas.

PROGRAM CME ANJURAN KUMPULAN PERUBATAN JOHOR


LAWATAN DARI TOKYO UNIVERSITY OF SCIENCE, JEPUN



Serdang, 4 Jun 2015
,Seramai 5 orang wakil dari Tokyo University Science melawat PPDN UPM. Para delegasi didedahkan tentang bagaimana bidang pegimejan nuklear beroperasi di PPDN UPM. Impak dari lawatan ini adalah kedua pihak dapat berkongsi dan bertukar maklumat berkaitan kepakaran bidang perubatan terutamanya bidang nuclear antara PPDN UPM dan Tokyo University Science.


LAWATAN DARI SOUTHERN TOHOKU HOSPITAL GROUP, JEPUN

Serdang, 15 Jun 2015, seramai empat orang wakil dari Southern Tohoku Hospital Group melawat Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear. Prof. Kanichi Seto dan Prof. handa dijemput untuk memberi ceramah berkaitan STGH and Proton Beam/BNCT kepada staf PPDN.

Prof. Dr. Abd Jalil Nordin sebagai Pengarah dan Dr. Fathinul Fikri sebagai Timbalan Pengarah juga membentangkan secara ringkas mengenai PPDN dan visi kepada wakil STGH. Sesi bertukar pendapat dan berkongsi idea berlaku antara satu sama lain.

LAWATAN DARI PELAJAR TERENGGANU ADVANCE TECHNICAL INSTITUTE



Serdang, 27 Mei 2015, seramai 83 orang pelajar termasuk 4 orang guru pengiring dari Terengganu Advance Technical Institute telah dibawa melawat PPDN termasuk tempat-tempat rawatan menggunakan mesin MRI, PET CT dan Ultrasound. Pelajar didedahkan dengan bidang Pengimejan Nuklear dengan lebih mendalam lagi. Selain itu, para pelajar dapat mempelajari kegunaan , fungsi dan system setiap mesin-mesin yang terdapat di PPDN. Mereka juga didedahkan dengan bidang kerja yang melibatkan tenaga Nuklear. 


KURSUS KESELAMATAN MRI DENGAN KERJASAMA SIEMENS MALAYSIA



Serdang, 8-17 April 2015,
Seramai 13 orang staf UPM telah menyertai Kursus "Training MRI Application & Safety" yang dianjurkan oleh Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear dengan Kerajasama Siemens Malaysia Sdn Bhd.

Kursus ini melibatkan latihan berkaitan mesin MRI, perkara-perkara asas berkaitan sistem MRI, Parameter dan langkah-langkah persediaan untuk rawatan menggunakan mesin MRI. Kursus latihan ini juga merangkumi praktikal dan taksiran akal.