PROGRAM SARINGAN KESIHATAN DAN PENGESANAN KANSER 2022 | PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
» BERITA » PROGRAM SARINGAN KESIHATAN DAN PENGESANAN KANSER 2022

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN DAN PENGESANAN KANSER 2022

PETALING JAYA – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah menjalankan Program Saringan Kesihatan dan Pengesanan Kanser bertempat di Star Media Group, Petaling Jaya. Program ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Sumber Manusia, Star Media Group, bersempena dengan Hari Terbuka jabatan berkenaan.

 

 

Program berlangsung selama dua hari, iaitu dari 8- 9 November 2022. Dalam program ini, PPDN menawarkan perkhidmatan  saringan pengesanan kanser menggunakan mesin ultrasound yang dijalankan oleh pakar radiologi PPDN, di mana peserta lelaki akan menjalankan pemeriksaan ultrasound prostat, manakala bagi wanita pula akan menjalani pemeriksaan ultrasound payudara. Sebelum menjalani saringan pmeriksaan ultrasound, peserta dikehendaki menjawab soal selidik untuk mengetahui amalan gaya hidup mereka dan sejarah kesihatan.

 

Selain perkhidmatan konsultasi, peserta juga akan mendapat terus surat rujukan ke hospital jika terdapat penemuan hasil dari pemeriksaan ultrasound tersebut. Selama dua hari program ini berlangsung, pihak ppdn telah berjaya memeriksa lebih 100 peserta yang terdiri dari staf syarikat itu sendiri.

  

Di akhir program, pihak urusetia Hari Terbuka Jabatan Sumber Manusia, Star Media group mengucapkan terima kasih kepada pihak PPDN kerana sudi menerima pelawaan mereka untuk mneyertai program mereka, juga berterima kasih kerana memberikan perkhidmatan kesihatan yang baik kepada mereka secara percuma, dan berharap agar kerjasama ini dapat dijalankan pada program dan masa akan datang.  

Tarikh Input: 10/11/2022 | Kemaskini: 10/11/2022 | faidhi

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT PENGIMEJAN DIAGNOSTIK NUKLEAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691644
-
SXEXWAZ~